Monday, October 17, 2011

SURAH AL-BAQARAH (serba sedikit keterangan ayat 153)

Dengan hati yang tetap serta sabar,sesuatu pekerjaan atau cita - cita itu dapat disempurnakan.Jika ditimpa musibah,ujian atau kesusahan,kita dikehendaki berusaha mencari punca yang menghalanginya dan berusaha untuk menghilangkannya.Hal ini supaya ianya dapat  dihindar pada masa akan datang.Usahlah kita berkeluh kesah atau berputus asa terhadap ujian yang menimpa pekerjaan kita itu.

Begitu juga meminta bantuan dengan solat.Hal ini kerana di dalam solat lah kita meminta bantuan kepada ALLAH serta memohon petunjuk daripadaNYA  agar melalui jalan yang lurus demi tercapai cita- cita itu.Oleh hal demikian,kita seharusnya bekerja keras atau sekuat tenaga  dan memohon pimpinan daripada ALLAH.

Orang yang Islam dengan sebetul - betulnya,bekerja dengan kekuatan keduanya iaitu jasmani dan rohani.Begini lah caranya umat Islam terdahulu mendapat kemajuan yang menakjubkan dunia.


sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian

Sunday, September 11, 2011

SURAH AL-BAQARAH (Serba sedikit keterangan ayat 132 - 136)

1. Islam - tunduk dan patuh kepada ALLAH serta mengikut perintahNYA dengan jasad dan roh.


2 .Asas Islam :-
    • Mengakui dengan lidah dan hati, bahawa tidak ada yang disembah kecuali ALLAH dan Muhammad utusanNYA.
    • Solat
    • Puasa
    • Zakat
    • Mengerjakan Haji  bagi yang mampu
     
    3. Iman :
    • Percaya kepada ALLAH
    • Percaya kepada rasul - rasulnya
    • Percaya kepada kitab-kitab yang diturunkanNYA
    • Percaya kepada malaikat - malaikatNYA
    • Hari kemudian (akhirat)
    • qada' dan qadar (takdir)
    Beriman kepada Al - Quran bermakna kita akui,bahawa isi Al- Quran dari awal sehingga akhirnya,keseluruhannya benar lagi dipercayai.Maka,wajiblah orang Islam mengiktikadkan segala yang termaktub di dalam AL - Quran kesemuanya.

    sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

    pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian


    SURAH AL-BAQARAH (Serba sedikit keterangan ayat 126)

       Nabi Ibrahim telah berdoa.Kandungan doa Nabi Ibrahim itu dengan tegas memohonkan kepada ALLAH supaya negeri Makkah aman,tanpa peperangan dan pembunuhan,tiada perompak dan penyamun,tiada pencuri sehingga aman semua penduduk ,jiwa dan harta benda mereka.

       Nabi Ibrahim juga berdoa supaya rezeki yang baik,makanan yang cukup,sehingga mereka sihat dan berfikiran baik  dapat diberikan kepada penduduk yang beriman.Sudah semestinya syarat mutlak untuk pembangunan sesebuah negara,tidak kira dari segi pembangunan rohani atau jasmani,atau pembangunan moral atau material ialah keamanan dan makanan yang cukup.

       Kaum Muslimin seharusnya mencontohi Nabi Ibrahim iaitu berdoa kepada ALLAH semoga negara kita aman dan makmur serta berusaha dengan bersungguh - sungguh supaya  keamanan tercapai dan mendapat berlipat gandanya hasil makanan.

    sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

    pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian

    SURAH AL-BAQARAH (Serba sedikit keterangan ayat 121)

      Sesiapa yang membaca kitab suci dengan sebenar- benarnya,sudah tentu percaya kepadanya serta mengikut setiap pelajaran yang terdapat di dalamnya.Hal ini kerana ramai orang islam yang membacanya,tetapi tidak memerhatikan isinya dan tidak mengambil pengajaran atau iktibar daripadanya.Mereka hanya  membaca untuk berlagu dan menggembirakan hati sahaja, sedangkan isi yang utama atau penting tidak pula difahamkan.

      Tidak hairan lah kalau ramai orang Islam yang tak berubah budi pekertinya dan walaupun kerap kali membaca Al - Quran,mereka masih tidak takut melakukan kejahatan.Tidak ada yang diperhalusi budi pekerti orang -orang arab pada zaman dahulu melainkan petunjuk daripada Al - Quran sepertimana yang dicontohi para sahabat r.hum. Jadi,mengapa pentunjuk Al - Quran ini tidak berkesan atau mujarab untuk membaiki budi pekerti kita?Hal ini kerana kita membaca Al - Quran tanpa memahami maksudnya.

    sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

    pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian

    Friday, August 26, 2011

    SURAH AL-BAQARAH (Serba sedikit keterangan ayat 111-112)

      Orang - orang yahudi dan Nasrani mengatakan bahawa merekalah yang benar dan akan masuk syurga.Lalu,ALLAH menegaskan bahawa orang - orang yang tunduk dan patuh mengikut perintah ALLAH la yang benar dan akan masuk ke syurga.Orang - orang seperti ini akan mendapat pahala di sisi Tuhannya tanpa ketakutan dan kedukaan.Salah satu daripada perintah ALLAH ialah percaya kepada Nabi Muhammad s.a.w.



    sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

    pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian

    Saturday, August 20, 2011

    SURAH AL-BAQARAH ( keterangan maksud sihir, ayat 102)

    Terdapat pelbagai maksud sihir :-

    1) Sihir yang tidak merosakkan orang iaitu menipu mata orang dan mengkhayalkan sesuatu yang bukan sebenarnya seperti ahli silap mata.Sihir seperti ini tidak haram hukumnya.

    2)Perkataan yang indah,manis,menarik hati pendengar - pendengarnya sehingga membuat orang terpesona mengikut perkataan itu.Bergantung kepada tujuan perkataan itu.Jika bertujuan untuk menerima suatu kebenaran,maka hukumnya halal iaitu sihir yang halal.Jika bertujuan untuk fitnah,mengadu domba antara dua suami isteri supaya bercerai,maka hukumnya haram.

    3) Pertolongan yang diminta ialah daripada syaitan dan mengabdi kepadanya dengan cara memuja dan jampi untuk merosakkan orang.Sihir seperti ini hukumnya haram,bahkan jatuh kafir kerana telah mempersekutukan ALLAH dengan syaitan.

    * Sebarang benda atau sesuatu yang aneh tidak diketahui sebab musababnya oleh umum ,juga dinamai sihir.

    sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

    pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian

    SURAH AL-BAQARAH ( keterangan maksud musyrik,ayat 96)

    Musyrik ialah orang yang menyekutukan ALLAH dengan sesuatu.Contohnya,berhala dan sebagainya.