Nabi Ibrahim telah berdoa.Kandungan doa Nabi Ibrahim itu dengan tegas memohonkan kepada ALLAH supaya negeri Makkah aman,tanpa peperangan dan pembunuhan,tiada perompak dan penyamun,tiada pencuri sehingga aman semua penduduk ,jiwa dan harta benda mereka.
Nabi Ibrahim juga berdoa supaya rezeki yang baik,makanan yang cukup,sehingga mereka sihat dan berfikiran baik dapat diberikan kepada penduduk yang beriman.Sudah semestinya syarat mutlak untuk pembangunan sesebuah negara,tidak kira dari segi pembangunan rohani atau jasmani,atau pembangunan moral atau material ialah keamanan dan makanan yang cukup.
Kaum Muslimin seharusnya mencontohi Nabi Ibrahim iaitu berdoa kepada ALLAH semoga negara kita aman dan makmur serta berusaha dengan bersungguh - sungguh supaya keamanan tercapai dan mendapat berlipat gandanya hasil makanan.
pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian
No comments:
Post a Comment