Monday, October 17, 2011

SURAH AL-BAQARAH (serba sedikit keterangan ayat 153)

Dengan hati yang tetap serta sabar,sesuatu pekerjaan atau cita - cita itu dapat disempurnakan.Jika ditimpa musibah,ujian atau kesusahan,kita dikehendaki berusaha mencari punca yang menghalanginya dan berusaha untuk menghilangkannya.Hal ini supaya ianya dapat  dihindar pada masa akan datang.Usahlah kita berkeluh kesah atau berputus asa terhadap ujian yang menimpa pekerjaan kita itu.

Begitu juga meminta bantuan dengan solat.Hal ini kerana di dalam solat lah kita meminta bantuan kepada ALLAH serta memohon petunjuk daripadaNYA  agar melalui jalan yang lurus demi tercapai cita- cita itu.Oleh hal demikian,kita seharusnya bekerja keras atau sekuat tenaga  dan memohon pimpinan daripada ALLAH.

Orang yang Islam dengan sebetul - betulnya,bekerja dengan kekuatan keduanya iaitu jasmani dan rohani.Begini lah caranya umat Islam terdahulu mendapat kemajuan yang menakjubkan dunia.


sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian

Sunday, September 11, 2011

SURAH AL-BAQARAH (Serba sedikit keterangan ayat 132 - 136)

1. Islam - tunduk dan patuh kepada ALLAH serta mengikut perintahNYA dengan jasad dan roh.


2 .Asas Islam :-
    • Mengakui dengan lidah dan hati, bahawa tidak ada yang disembah kecuali ALLAH dan Muhammad utusanNYA.
    • Solat
    • Puasa
    • Zakat
    • Mengerjakan Haji  bagi yang mampu
     
    3. Iman :
    • Percaya kepada ALLAH
    • Percaya kepada rasul - rasulnya
    • Percaya kepada kitab-kitab yang diturunkanNYA
    • Percaya kepada malaikat - malaikatNYA
    • Hari kemudian (akhirat)
    • qada' dan qadar (takdir)
    Beriman kepada Al - Quran bermakna kita akui,bahawa isi Al- Quran dari awal sehingga akhirnya,keseluruhannya benar lagi dipercayai.Maka,wajiblah orang Islam mengiktikadkan segala yang termaktub di dalam AL - Quran kesemuanya.

    sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

    pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian


    SURAH AL-BAQARAH (Serba sedikit keterangan ayat 126)

       Nabi Ibrahim telah berdoa.Kandungan doa Nabi Ibrahim itu dengan tegas memohonkan kepada ALLAH supaya negeri Makkah aman,tanpa peperangan dan pembunuhan,tiada perompak dan penyamun,tiada pencuri sehingga aman semua penduduk ,jiwa dan harta benda mereka.

       Nabi Ibrahim juga berdoa supaya rezeki yang baik,makanan yang cukup,sehingga mereka sihat dan berfikiran baik  dapat diberikan kepada penduduk yang beriman.Sudah semestinya syarat mutlak untuk pembangunan sesebuah negara,tidak kira dari segi pembangunan rohani atau jasmani,atau pembangunan moral atau material ialah keamanan dan makanan yang cukup.

       Kaum Muslimin seharusnya mencontohi Nabi Ibrahim iaitu berdoa kepada ALLAH semoga negara kita aman dan makmur serta berusaha dengan bersungguh - sungguh supaya  keamanan tercapai dan mendapat berlipat gandanya hasil makanan.

    sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

    pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian

    SURAH AL-BAQARAH (Serba sedikit keterangan ayat 121)

      Sesiapa yang membaca kitab suci dengan sebenar- benarnya,sudah tentu percaya kepadanya serta mengikut setiap pelajaran yang terdapat di dalamnya.Hal ini kerana ramai orang islam yang membacanya,tetapi tidak memerhatikan isinya dan tidak mengambil pengajaran atau iktibar daripadanya.Mereka hanya  membaca untuk berlagu dan menggembirakan hati sahaja, sedangkan isi yang utama atau penting tidak pula difahamkan.

      Tidak hairan lah kalau ramai orang Islam yang tak berubah budi pekertinya dan walaupun kerap kali membaca Al - Quran,mereka masih tidak takut melakukan kejahatan.Tidak ada yang diperhalusi budi pekerti orang -orang arab pada zaman dahulu melainkan petunjuk daripada Al - Quran sepertimana yang dicontohi para sahabat r.hum. Jadi,mengapa pentunjuk Al - Quran ini tidak berkesan atau mujarab untuk membaiki budi pekerti kita?Hal ini kerana kita membaca Al - Quran tanpa memahami maksudnya.

    sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

    pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian

    Friday, August 26, 2011

    SURAH AL-BAQARAH (Serba sedikit keterangan ayat 111-112)

      Orang - orang yahudi dan Nasrani mengatakan bahawa merekalah yang benar dan akan masuk syurga.Lalu,ALLAH menegaskan bahawa orang - orang yang tunduk dan patuh mengikut perintah ALLAH la yang benar dan akan masuk ke syurga.Orang - orang seperti ini akan mendapat pahala di sisi Tuhannya tanpa ketakutan dan kedukaan.Salah satu daripada perintah ALLAH ialah percaya kepada Nabi Muhammad s.a.w.



    sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

    pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian

    Saturday, August 20, 2011

    SURAH AL-BAQARAH ( keterangan maksud sihir, ayat 102)

    Terdapat pelbagai maksud sihir :-

    1) Sihir yang tidak merosakkan orang iaitu menipu mata orang dan mengkhayalkan sesuatu yang bukan sebenarnya seperti ahli silap mata.Sihir seperti ini tidak haram hukumnya.

    2)Perkataan yang indah,manis,menarik hati pendengar - pendengarnya sehingga membuat orang terpesona mengikut perkataan itu.Bergantung kepada tujuan perkataan itu.Jika bertujuan untuk menerima suatu kebenaran,maka hukumnya halal iaitu sihir yang halal.Jika bertujuan untuk fitnah,mengadu domba antara dua suami isteri supaya bercerai,maka hukumnya haram.

    3) Pertolongan yang diminta ialah daripada syaitan dan mengabdi kepadanya dengan cara memuja dan jampi untuk merosakkan orang.Sihir seperti ini hukumnya haram,bahkan jatuh kafir kerana telah mempersekutukan ALLAH dengan syaitan.

    * Sebarang benda atau sesuatu yang aneh tidak diketahui sebab musababnya oleh umum ,juga dinamai sihir.

    sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

    pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian

    SURAH AL-BAQARAH ( keterangan maksud musyrik,ayat 96)

    Musyrik ialah orang yang menyekutukan ALLAH dengan sesuatu.Contohnya,berhala dan sebagainya.

    SURAH AL-BAQARAH (Serba sedikit keterangan ayat 92)

      Mukijizat ialah merupakan bentuk keterangan yang dibawa oleh Nabi Musa,Isa,Muhammad dan lain - lain yang menyatakan bahawa mereka menjadi nabi dan utusan ALLAH. Mukjizat itu ialah pekerjaan luar biasa,yang tidak boleh ditiru oleh umat mereka.


      Mukjizat Nabi Isa ialah boleh menghidupkan orang mati,menyembuhkan penyakit sopak,kusta dan sebagainya.Mukjizat Nabi Musa pula ialah air laut terbelah dua,tongkatnya menjadi ular dan sebagainya.


      Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W adalah yang terbesar dan sehingga sekarang kita dapat menyaksikan sendiri dengan mata kita mukjizat ini iaitu al-Quran yang suci.Mukjizat Nabi Muhammad ini,sehingga sekarang tiada seorang pun dapat menirunya.Mukjizat ini menurut keadaan tempat dan zaman.


    *Selain al-Quran,terdapat pelbagai lagi mukjizat Nabi Muhammad S.A.W.



    Sumber :  ditafsir oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus ,Victory Agencie

    Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya..sekian.

    Wednesday, August 17, 2011

    SURAH AL-BAQARAH (Serba sedikit keterangan ayat 85)

      Ayat ini sebenarnya  ditujukan kepada kaum Bani Israil, tetapi untuk pengajaran kepada kita kaum Muslimin.

      Serba sedikit keterangan bagi ayat 85 ini ialah ramai orang Islam yang melakukan solat,puasa,haji dan lain – lain tetapi mereka mengambil hak orang lain atau hak negara,menganiaya ,mencaci,mengumpat,iri hati,takbur,adu –mengadu,memutuskan sillaturrahim (bermusuh – musuhan) dan macam- macam lagi.Maka,orang yang sejenis itu,adalah hanya beriman dan mengikut sebahagian  al –Quran tetapi kafir (ingkar) kepada sebahagian yang lain.

      Oleh sebab itulah,balasan bagi orang yang berbuat demikian ialah kehinaan dan kesusahan di atas dunia,sedangkan di akhirat mendapat seksaan pula.Kesimpulannya,ayat ini ingin menerangkan bahawa sebaik – baiknya kaum Muslimin taubat serta beriman dan menurut segala perintah ALLAH dalam al – Quran,bukannya dengan satu dua ayat sahaja.

    Sumber :  ditafsir oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus ,Victory Agencie

    Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya..sekian.

    SURAH AL-BAQARAH ( Serba sedikit keterangan ayat 83 )

    Ternyata dalam ayat ini menegaskan bahawa perintah melakukan kebaikan kepada ibu bapa,disebutkan selepas perintah  menyembah ALLAH.Tuhan yang Maha Esa.Ini menunjukkan bukti bahawa berbuat baik kepada ibu bapa adalah amat penting dalam agama Islam.

       Terkandung dalam keterangan ayat 215 Al – Baqarah bahawa berbuat baik kepada ibu bapa ialah dengan menafkahkan harta kepadanya.Jadi bukanlah sekadar menziarahinya pada hari raya sahaja.

       Sebenarnya,sesetengah orang islam terpengaruh oleh pendidikan Barat. Pendidikan Barat menyatakan bahawa tidak perlulah kita berbuat baik kepada ibu bapa,kerana telah menjadi kewajipan ke atas keduanya mendidik anak.Dengan itu,tidak perlulah membalas jasanya.Padahal mereka  lupa ,bahawa bagi setiap kewajipan,ada pula hak yang wajib ditunaikan.Ibu bapa berhak mendapat kebaikan daripada anaknya sebagaimana kedua-duanya berkewajipan mendidik anaknya.

    Sumber : Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie.

    Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya…sekian.

    Saturday, August 13, 2011

    SURAH AL-BAQARAH ( keterangan ayat 49 -50 )

    " Firaun ialah raja Mesir purbakala.Dia mempunyai kebesaran yang hebat,sehingga mengaku dialah Tuhan yang patut disembah.

     Lalu tersebutlah dalam perkataan ahli nujum ,bahawa kerajaannya itu akan dihancurkan oleh seorang anak lelaki  yang akan lahir ke dunia.Oleh itu diperintahkan oleh Firaun supaya semua anak lelaki yang lahir dibunuh,sedangkan kanak - kanak perempuan dibiarkan hidup.

    Disebabkan ALLAH hendak memelihara Musa yang lahir pada waktu itu,maka tidaklah baginda terbunuh, sehingga menjadi nabi sambil menyeru Firaun dan rakyatnya, agar menyembah ALLAH yang Esa.Tetapi seruan itu tidak diterima.

    Oleh kerana kezaliman yang dialami oleh Musa dan pengikut-pengikutnya,maka larilah mereka menuju Yarussalem (Baitul muqaddis).Firaun dengan bala tenteranya pula mengejar mereka dengan segera.

    Tatkala Musa dan pengikutnya sampai ke laut merah, maka terbelahlah air laut itu,sehingga mereka dapat melaluinya dengan selamat.

    Apabila sampai ke seberang laut, sedang Firaun dan bala tenteranya masih mengejar di dalam laut, maka air laut itu kembali bercantum,sehingga mati lemaslah mereka kesemuanya.

    Air laut yang terbelah dua itu adalah mukjizat Musa (pekerjaan luar biasa)....."

                                                                           ditafsir oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

    SURAH AL -BAQARAH (serba sedikit keterangan ayat 44)

    1) Dalam ayat ini,secara keseluruhannya ialah mengenai tidak layak kita menyuruh orang berbuat kebaikan ,tetapi kita melupakan diri sendiri.

    • Kita menyuruh orang berbuat amal salih,tetapi kita berbuat maksiat. 
    • Kita menyuruh orang berlaku jujur dan berperangai baik,tetapi kita berlaku curang dan berperangai jahat.  
    • Kita menyuruh orang berkorban,tetapi kita sendiri tidak mahu berkorban.

     *Orang - orang seperti ini dikecam oleh ALLAH dengan firmannya :

          "Apa tidakkah kamu berakal?"Seolah -olah orang yang melakukan demikian ,bukanlah orang yang berakal.Orang yang berakal,akan terlebih dahulu melakukan pekerjaan yang baik,kemudian baru ia menyuruh orang lain membuatnya.Secara tidak langsung,ia menjadi contoh dan tauladan kepada orang lain.

    *Segala  maklumat blog ini adalah sumber daripada buku tafsir Quran Al- Karim,oleh Prof Dr.H.Mahmud Yunus,Victory Agencie..sekian.

    SURAH AL - BAQARAH (serba sedikit keterangan mengenai Malaikat dan Iblis dalam ayat 30 - 34)

    a) Malaikat makhluk yang taat dan patuh kepada perintah ALLAH.Mereka tunduk kepada Adam apabila ALLAH menyuruh mereka tunduk kepada Adam.Iblis atau syaitan pula ingkar dan derhaka kepada Allah,mereka tidak mahu menurut perintahnya.

    b) Adam dan Hawa telah memakan buah pokok yang dilarang ALLAH memakannya.Hal ini terjadi kerana mereka terpedaya dengan pujukan dan bisikan syaitan.Akhirnya Adam dan Hawa ,dikeluarkan oleh ALLAH dari dalam syurga.


    • ternyata bahawa Iblis atau syaitan itu ialah musuh Adam dan anak cucunya.Merekalah yang memperdayakan dan membisik -bisikkan kepada roh anak Adam supaya melakukan kejahatan.Sedangkan malaikat yang menganjurkan supaya melakukan kebaikan.
    * Segala  maklumat blog ini adalah sumber daripada buku tafsir Quran Al- Karim,oleh Prof Dr.H.Mahmud Yunus,Victory Agencie..sekian.

    Friday, August 12, 2011

    SURAH AL - BAQARAH ( serba sedikit keterangan ayat 26 dan 29-31 )

    Keterangan ayat 26 :

    -ALLAH menyesatkan kebanyakan orang,tetapi yang disesatkannya itu hanyalah orang - orang fasik.Sedangkan manusia yang beriman,hatinya telah ditunjuki ALLAH.

    Keterangan ayat 29 - 31:

    a) Segala yang ALLAH jadikan di bumi ini seperti barang - barang yang dikeluarkan dari dalam tanah iaitu emas,perak dan lain- lain adalah untuk kamu (wahai kaum Muslimin).Sebab itu kaum Muslimin perlu berusaha untuk keluarkan hasil bumi yang kaya raya supaya mencapai kemakmuran.

    b) Allah menjadikan tujuh lapis langit.

    c) Terdapat dua jenis Alam yang dijadikan ALLAH :


    • Alam yang boleh dilihat dengan mata kepala atau dirasa dengan salah satu pancaindera. (alam jasmani)
    • Alam yang tidak dapat dilihat dengan mata kepala tetapi boleh dikesani bekasnya seperti roh manusia.Jika sudah tiada roh,maka segala perasaan itu hilanglah daripada badan manusia.(alam rohani)
    * roh,malaikat,iblis atau setan,jin dan sebagainya ialah termasuk dalam alam rohani.


    ditafsir oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie.

    ok la..papepun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya..sekian.




    SURAH AL - BAQARAH ( serba sedikit keterangan ayat 22-24)

    a) Ada orang yang mengatakan bahawa bumi ini rata seperti tikar.Itu hanya pandangan manusia sahaja kerana sebenarnya bumi ini ialah bulat.Disebabkan terlalu besar maka sebahagiannya menjadi datar.Semakin besar sesuatu bulatan maka semakin luas datarannya.

    b) Ade orang mengatakan bahawa al - Quran ini rekaan Nabi Muhammad S.A.W sendiri,bukan wahyu daripada ALLAH.Oleh itu,untuk menjawabnya,ALLAH berfirman :

    " Cubalah kamu membuat dan mengarang satu surah seperti al - Quran ini,jika benar perkataan kamu ".

    Tiada seorang pun mampu melakukannya .Nabi Muhammad S.A.W telah berjaya mengubah umat Arab yang biadab menjadi umat yang berbudi pekerti yang halus,dari berpecah belah menjadi umat yang bersatu padu dalam masa lebih kurang 23 tahun.Perubahan ini  terjadi kerana adanya petunjuk dari al -Quran yang suci.

    Terbukti al- Quran  bukanlah  karangan Nabi Muhammad S.A.W,malahan sebenarnya wahyu daripada ALLAH.


    ditafsir oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie.

    ok la..papepun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya..sekian.




    Thursday, August 11, 2011

    SURAH AL - BAQARAH ( serba sedikit keterangan ayat 6-20 )

    Manusia terdapat beberapa jenis :

    a) Orang yang beriman (percaya).

    b)Orang yang kafir (ingkar) - mereka tidak menerima kebenaran kerana hati ,pendengaran dan pemandangan mereka telah tertutup.Oleh sebab itu la..mereka tidak memperhatikan isi alam yang luas ini,utk tahu bahawa alam ini ada yang berkuasa,iaitu ALLAH yang menjadikannya.

    c)Orang munafik..(pada zahirnya beriman kepada ALLAH dan hari yang kemudian tetapi sebenarnya mereka masih tetap kafir).


    ditafsir oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie.

    ok la..papepun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya..sekian.

    SURAH AL-BAQARAH ( lembu betina )

    (Serba sedikit keterangan ayat 1 -5)

    Orang - orang yang bertaqwa  :-

    a) Orang yang percaya kepada sesuatu yang ghaib seperti percaya bahawa wujudnya yang Maha Kuasa iaitu ALLAH.

    b) Orang - orang yang mendirikan sembahyang iaitu mengerjakannya dengan jasmani dan hati yang khusyuk.

    c) Orang yang membayar sebahagian hartanya untuk menolong fakir miskin (zakat)

    d) Orang yang percaya kepada al - Quran dan kitab - kitab yang diturunkan kepada nabi - nabi dahulukala.

    e) Orang yang percaya dan yakin akan adanya hari yang kemudian iaitu Akhirat.(yang jahat akan diseksa,yang baik akan diberi nikmat).


    ditafsir oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie.

    ok la..papepun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya..sekian.

    SURAH AL - FATIHAH (pembukaan)


    Surah Al-Fatihah ini dinamai "Ummul Kitab" yang bermaksud Ibu Kitab (Qur'an).

    Segala isi al-Quran telah mencakupi di dalam Surah Al-Fatihah iaitu :-

    1) Tauhid (keimanan)

    2) Janji kebahagiaan di dunia dan akhirat bagi orang - orang yang menurut petunjuk al-Quran dan janji seksaan,jasmani,atau rohani bagi orang - orang yang tidak menurut petunjuk itu.

    3)Amal ibadat untuk mendalami tauhid dan membersihkan jiwa.

    4)Menerangkan jalan yang lurus untuk mencapai kebahagiaan.

    5) Riwayat orang2 yang taat mengikut ALLAH dan orang2 yang derhaka untuk sebagai iktibar bagi umat yang kemudian.

    6)Terdapat juga yang lain2..seperti ayat - ayat yang berhubungan dengan akhlak,ilmu pengetahuan,sejarah,perekonomian,kemasyarakatan dan pembangunan.Selain itu..ayat - ayat berkaitan dengan pertahanan negara dan ketenteraan juga terdapat dalam surah Al-Fatihah.

    terbukti al -Quran adalah Universal.

    • apa - apa yang terkandung dalam surah ini,akan diterangkan dengan jelas pada surah-surah kemudian.
    • surah pertama dan diturunkan di Makkah.(mengandungi 7 ayat)

    ditafsir oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie.

    ok la..papepun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya..sekian.