Saturday, August 13, 2011

SURAH AL-BAQARAH ( keterangan ayat 49 -50 )

" Firaun ialah raja Mesir purbakala.Dia mempunyai kebesaran yang hebat,sehingga mengaku dialah Tuhan yang patut disembah.

 Lalu tersebutlah dalam perkataan ahli nujum ,bahawa kerajaannya itu akan dihancurkan oleh seorang anak lelaki  yang akan lahir ke dunia.Oleh itu diperintahkan oleh Firaun supaya semua anak lelaki yang lahir dibunuh,sedangkan kanak - kanak perempuan dibiarkan hidup.

Disebabkan ALLAH hendak memelihara Musa yang lahir pada waktu itu,maka tidaklah baginda terbunuh, sehingga menjadi nabi sambil menyeru Firaun dan rakyatnya, agar menyembah ALLAH yang Esa.Tetapi seruan itu tidak diterima.

Oleh kerana kezaliman yang dialami oleh Musa dan pengikut-pengikutnya,maka larilah mereka menuju Yarussalem (Baitul muqaddis).Firaun dengan bala tenteranya pula mengejar mereka dengan segera.

Tatkala Musa dan pengikutnya sampai ke laut merah, maka terbelahlah air laut itu,sehingga mereka dapat melaluinya dengan selamat.

Apabila sampai ke seberang laut, sedang Firaun dan bala tenteranya masih mengejar di dalam laut, maka air laut itu kembali bercantum,sehingga mati lemaslah mereka kesemuanya.

Air laut yang terbelah dua itu adalah mukjizat Musa (pekerjaan luar biasa)....."

                                                                       ditafsir oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

No comments:

Post a Comment