Orang - orang yahudi dan Nasrani mengatakan bahawa merekalah yang benar dan akan masuk syurga.Lalu,ALLAH menegaskan bahawa orang - orang yang tunduk dan patuh mengikut perintah ALLAH la yang benar dan akan masuk ke syurga.Orang - orang seperti ini akan mendapat pahala di sisi Tuhannya tanpa ketakutan dan kedukaan.Salah satu daripada perintah ALLAH ialah percaya kepada Nabi Muhammad s.a.w.
sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie
pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian
Friday, August 26, 2011
Saturday, August 20, 2011
SURAH AL-BAQARAH ( keterangan maksud sihir, ayat 102)
Terdapat pelbagai maksud sihir :-
1) Sihir yang tidak merosakkan orang iaitu menipu mata orang dan mengkhayalkan sesuatu yang bukan sebenarnya seperti ahli silap mata.Sihir seperti ini tidak haram hukumnya.
2)Perkataan yang indah,manis,menarik hati pendengar - pendengarnya sehingga membuat orang terpesona mengikut perkataan itu.Bergantung kepada tujuan perkataan itu.Jika bertujuan untuk menerima suatu kebenaran,maka hukumnya halal iaitu sihir yang halal.Jika bertujuan untuk fitnah,mengadu domba antara dua suami isteri supaya bercerai,maka hukumnya haram.
3) Pertolongan yang diminta ialah daripada syaitan dan mengabdi kepadanya dengan cara memuja dan jampi untuk merosakkan orang.Sihir seperti ini hukumnya haram,bahkan jatuh kafir kerana telah mempersekutukan ALLAH dengan syaitan.
* Sebarang benda atau sesuatu yang aneh tidak diketahui sebab musababnya oleh umum ,juga dinamai sihir.
sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie
pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian
1) Sihir yang tidak merosakkan orang iaitu menipu mata orang dan mengkhayalkan sesuatu yang bukan sebenarnya seperti ahli silap mata.Sihir seperti ini tidak haram hukumnya.
2)Perkataan yang indah,manis,menarik hati pendengar - pendengarnya sehingga membuat orang terpesona mengikut perkataan itu.Bergantung kepada tujuan perkataan itu.Jika bertujuan untuk menerima suatu kebenaran,maka hukumnya halal iaitu sihir yang halal.Jika bertujuan untuk fitnah,mengadu domba antara dua suami isteri supaya bercerai,maka hukumnya haram.
3) Pertolongan yang diminta ialah daripada syaitan dan mengabdi kepadanya dengan cara memuja dan jampi untuk merosakkan orang.Sihir seperti ini hukumnya haram,bahkan jatuh kafir kerana telah mempersekutukan ALLAH dengan syaitan.
* Sebarang benda atau sesuatu yang aneh tidak diketahui sebab musababnya oleh umum ,juga dinamai sihir.
sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie
pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian
SURAH AL-BAQARAH ( keterangan maksud musyrik,ayat 96)
Musyrik ialah orang yang menyekutukan ALLAH dengan sesuatu.Contohnya,berhala dan sebagainya.
SURAH AL-BAQARAH (Serba sedikit keterangan ayat 92)
Mukijizat ialah merupakan bentuk keterangan yang dibawa oleh Nabi Musa,Isa,Muhammad dan lain - lain yang menyatakan bahawa mereka menjadi nabi dan utusan ALLAH. Mukjizat itu ialah pekerjaan luar biasa,yang tidak boleh ditiru oleh umat mereka.
Mukjizat Nabi Isa ialah boleh menghidupkan orang mati,menyembuhkan penyakit sopak,kusta dan sebagainya.Mukjizat Nabi Musa pula ialah air laut terbelah dua,tongkatnya menjadi ular dan sebagainya.
Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W adalah yang terbesar dan sehingga sekarang kita dapat menyaksikan sendiri dengan mata kita mukjizat ini iaitu al-Quran yang suci.Mukjizat Nabi Muhammad ini,sehingga sekarang tiada seorang pun dapat menirunya.Mukjizat ini menurut keadaan tempat dan zaman.
*Selain al-Quran,terdapat pelbagai lagi mukjizat Nabi Muhammad S.A.W.

Sumber : ditafsir oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus ,Victory Agencie
Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya..sekian.
Wednesday, August 17, 2011
SURAH AL-BAQARAH (Serba sedikit keterangan ayat 85)
Ayat ini sebenarnya ditujukan kepada kaum Bani Israil, tetapi untuk pengajaran kepada kita kaum Muslimin.
Serba sedikit keterangan bagi ayat 85 ini ialah ramai orang Islam yang melakukan solat,puasa,haji dan lain – lain tetapi mereka mengambil hak orang lain atau hak negara,menganiaya ,mencaci,mengumpat,iri hati,takbur,adu –mengadu,memutuskan sillaturrahim (bermusuh – musuhan) dan macam- macam lagi.Maka,orang yang sejenis itu,adalah hanya beriman dan mengikut sebahagian al –Quran tetapi kafir (ingkar) kepada sebahagian yang lain.
Oleh sebab itulah,balasan bagi orang yang berbuat demikian ialah kehinaan dan kesusahan di atas dunia,sedangkan di akhirat mendapat seksaan pula.Kesimpulannya,ayat ini ingin menerangkan bahawa sebaik – baiknya kaum Muslimin taubat serta beriman dan menurut segala perintah ALLAH dalam al – Quran,bukannya dengan satu dua ayat sahaja.
Sumber : ditafsir oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus ,Victory Agencie
Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya..sekian.
SURAH AL-BAQARAH ( Serba sedikit keterangan ayat 83 )
Ternyata dalam ayat ini menegaskan bahawa perintah melakukan kebaikan kepada ibu bapa,disebutkan selepas perintah menyembah ALLAH.Tuhan yang Maha Esa.Ini menunjukkan bukti bahawa berbuat baik kepada ibu bapa adalah amat penting dalam agama Islam.
Terkandung dalam keterangan ayat 215 Al – Baqarah bahawa berbuat baik kepada ibu bapa ialah dengan menafkahkan harta kepadanya.Jadi bukanlah sekadar menziarahinya pada hari raya sahaja.
Sebenarnya,sesetengah orang islam terpengaruh oleh pendidikan Barat. Pendidikan Barat menyatakan bahawa tidak perlulah kita berbuat baik kepada ibu bapa,kerana telah menjadi kewajipan ke atas keduanya mendidik anak.Dengan itu,tidak perlulah membalas jasanya.Padahal mereka lupa ,bahawa bagi setiap kewajipan,ada pula hak yang wajib ditunaikan.Ibu bapa berhak mendapat kebaikan daripada anaknya sebagaimana kedua-duanya berkewajipan mendidik anaknya.
Sumber : Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie.
Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya…sekian.
Saturday, August 13, 2011
SURAH AL-BAQARAH ( keterangan ayat 49 -50 )
" Firaun ialah raja Mesir purbakala.Dia mempunyai kebesaran yang hebat,sehingga mengaku dialah Tuhan yang patut disembah.
Lalu tersebutlah dalam perkataan ahli nujum ,bahawa kerajaannya itu akan dihancurkan oleh seorang anak lelaki yang akan lahir ke dunia.Oleh itu diperintahkan oleh Firaun supaya semua anak lelaki yang lahir dibunuh,sedangkan kanak - kanak perempuan dibiarkan hidup.
Disebabkan ALLAH hendak memelihara Musa yang lahir pada waktu itu,maka tidaklah baginda terbunuh, sehingga menjadi nabi sambil menyeru Firaun dan rakyatnya, agar menyembah ALLAH yang Esa.Tetapi seruan itu tidak diterima.
Oleh kerana kezaliman yang dialami oleh Musa dan pengikut-pengikutnya,maka larilah mereka menuju Yarussalem (Baitul muqaddis).Firaun dengan bala tenteranya pula mengejar mereka dengan segera.
Tatkala Musa dan pengikutnya sampai ke laut merah, maka terbelahlah air laut itu,sehingga mereka dapat melaluinya dengan selamat.
Apabila sampai ke seberang laut, sedang Firaun dan bala tenteranya masih mengejar di dalam laut, maka air laut itu kembali bercantum,sehingga mati lemaslah mereka kesemuanya.
Air laut yang terbelah dua itu adalah mukjizat Musa (pekerjaan luar biasa)....."
ditafsir oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

Subscribe to:
Posts (Atom)