Sunday, September 11, 2011

SURAH AL-BAQARAH (Serba sedikit keterangan ayat 132 - 136)

1. Islam - tunduk dan patuh kepada ALLAH serta mengikut perintahNYA dengan jasad dan roh.


2 .Asas Islam :-
    • Mengakui dengan lidah dan hati, bahawa tidak ada yang disembah kecuali ALLAH dan Muhammad utusanNYA.
    • Solat
    • Puasa
    • Zakat
    • Mengerjakan Haji  bagi yang mampu
     
    3. Iman :
    • Percaya kepada ALLAH
    • Percaya kepada rasul - rasulnya
    • Percaya kepada kitab-kitab yang diturunkanNYA
    • Percaya kepada malaikat - malaikatNYA
    • Hari kemudian (akhirat)
    • qada' dan qadar (takdir)
    Beriman kepada Al - Quran bermakna kita akui,bahawa isi Al- Quran dari awal sehingga akhirnya,keseluruhannya benar lagi dipercayai.Maka,wajiblah orang Islam mengiktikadkan segala yang termaktub di dalam AL - Quran kesemuanya.

    sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

    pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian


    SURAH AL-BAQARAH (Serba sedikit keterangan ayat 126)

       Nabi Ibrahim telah berdoa.Kandungan doa Nabi Ibrahim itu dengan tegas memohonkan kepada ALLAH supaya negeri Makkah aman,tanpa peperangan dan pembunuhan,tiada perompak dan penyamun,tiada pencuri sehingga aman semua penduduk ,jiwa dan harta benda mereka.

       Nabi Ibrahim juga berdoa supaya rezeki yang baik,makanan yang cukup,sehingga mereka sihat dan berfikiran baik  dapat diberikan kepada penduduk yang beriman.Sudah semestinya syarat mutlak untuk pembangunan sesebuah negara,tidak kira dari segi pembangunan rohani atau jasmani,atau pembangunan moral atau material ialah keamanan dan makanan yang cukup.

       Kaum Muslimin seharusnya mencontohi Nabi Ibrahim iaitu berdoa kepada ALLAH semoga negara kita aman dan makmur serta berusaha dengan bersungguh - sungguh supaya  keamanan tercapai dan mendapat berlipat gandanya hasil makanan.

    sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

    pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian

    SURAH AL-BAQARAH (Serba sedikit keterangan ayat 121)

      Sesiapa yang membaca kitab suci dengan sebenar- benarnya,sudah tentu percaya kepadanya serta mengikut setiap pelajaran yang terdapat di dalamnya.Hal ini kerana ramai orang islam yang membacanya,tetapi tidak memerhatikan isinya dan tidak mengambil pengajaran atau iktibar daripadanya.Mereka hanya  membaca untuk berlagu dan menggembirakan hati sahaja, sedangkan isi yang utama atau penting tidak pula difahamkan.

      Tidak hairan lah kalau ramai orang Islam yang tak berubah budi pekertinya dan walaupun kerap kali membaca Al - Quran,mereka masih tidak takut melakukan kejahatan.Tidak ada yang diperhalusi budi pekerti orang -orang arab pada zaman dahulu melainkan petunjuk daripada Al - Quran sepertimana yang dicontohi para sahabat r.hum. Jadi,mengapa pentunjuk Al - Quran ini tidak berkesan atau mujarab untuk membaiki budi pekerti kita?Hal ini kerana kita membaca Al - Quran tanpa memahami maksudnya.

    sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

    pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian

    Friday, August 26, 2011

    SURAH AL-BAQARAH (Serba sedikit keterangan ayat 111-112)

      Orang - orang yahudi dan Nasrani mengatakan bahawa merekalah yang benar dan akan masuk syurga.Lalu,ALLAH menegaskan bahawa orang - orang yang tunduk dan patuh mengikut perintah ALLAH la yang benar dan akan masuk ke syurga.Orang - orang seperti ini akan mendapat pahala di sisi Tuhannya tanpa ketakutan dan kedukaan.Salah satu daripada perintah ALLAH ialah percaya kepada Nabi Muhammad s.a.w.



    sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

    pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian

    Saturday, August 20, 2011

    SURAH AL-BAQARAH ( keterangan maksud sihir, ayat 102)

    Terdapat pelbagai maksud sihir :-

    1) Sihir yang tidak merosakkan orang iaitu menipu mata orang dan mengkhayalkan sesuatu yang bukan sebenarnya seperti ahli silap mata.Sihir seperti ini tidak haram hukumnya.

    2)Perkataan yang indah,manis,menarik hati pendengar - pendengarnya sehingga membuat orang terpesona mengikut perkataan itu.Bergantung kepada tujuan perkataan itu.Jika bertujuan untuk menerima suatu kebenaran,maka hukumnya halal iaitu sihir yang halal.Jika bertujuan untuk fitnah,mengadu domba antara dua suami isteri supaya bercerai,maka hukumnya haram.

    3) Pertolongan yang diminta ialah daripada syaitan dan mengabdi kepadanya dengan cara memuja dan jampi untuk merosakkan orang.Sihir seperti ini hukumnya haram,bahkan jatuh kafir kerana telah mempersekutukan ALLAH dengan syaitan.

    * Sebarang benda atau sesuatu yang aneh tidak diketahui sebab musababnya oleh umum ,juga dinamai sihir.

    sumber : tafsiran Prof. Dr. H. Mahmud Yunus,Victory Agencie

    pape pun..Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya...sekian

    SURAH AL-BAQARAH ( keterangan maksud musyrik,ayat 96)

    Musyrik ialah orang yang menyekutukan ALLAH dengan sesuatu.Contohnya,berhala dan sebagainya.

    SURAH AL-BAQARAH (Serba sedikit keterangan ayat 92)

      Mukijizat ialah merupakan bentuk keterangan yang dibawa oleh Nabi Musa,Isa,Muhammad dan lain - lain yang menyatakan bahawa mereka menjadi nabi dan utusan ALLAH. Mukjizat itu ialah pekerjaan luar biasa,yang tidak boleh ditiru oleh umat mereka.


      Mukjizat Nabi Isa ialah boleh menghidupkan orang mati,menyembuhkan penyakit sopak,kusta dan sebagainya.Mukjizat Nabi Musa pula ialah air laut terbelah dua,tongkatnya menjadi ular dan sebagainya.


      Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W adalah yang terbesar dan sehingga sekarang kita dapat menyaksikan sendiri dengan mata kita mukjizat ini iaitu al-Quran yang suci.Mukjizat Nabi Muhammad ini,sehingga sekarang tiada seorang pun dapat menirunya.Mukjizat ini menurut keadaan tempat dan zaman.


    *Selain al-Quran,terdapat pelbagai lagi mukjizat Nabi Muhammad S.A.W.



    Sumber :  ditafsir oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus ,Victory Agencie

    Hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya..sekian.